FANDOM



Nota semasa permainanSunting

Kebanyakan pemain Age of Darkness akan sering memandang ringan kebolehan negara Belanda. Ianya tidak mempunyai kepelbagaian pesawat udara yang sama tarafnya dengan kuasa Bersekutu, manakala kenderaan dan angkatan anggotanya jauh lebih lemah berbanding dengan kehebatan dan kepelbagaian kuasa-kuasa Jerman dan Soviet. Pendek kata, apakah yang boleh dibuat selaku panglima Belanda?

Jawapan yang sebenar agak mudah: gunakan keunggulan ekonomi awal dan tentera laut Belanda untuk memenangi kuasa di laut dan di bumi. Kuasa senjata Jerman dan Soviet tidak boleh dinafikan. Kuasa laut British juga mempunyai bonus pembinaan kapal dan jenis-jenis kapal yang lebih banyak dan bermutu. Tetapi apa yang pihak-pihak ini tidak mempunyai, bagaimanapun, adalah masa: unit terbaik mereka hanya akan sedia untuk dibina jika pembaharuan Mekanisasi berjaya dicapai. Kapal pemusnah Belanda, walaupun lebih lemah, masih pantas, kuat dan cukup murah untuk dibina secara beramai-ramai. Ini dibantu lagi oleh keupayaan Belanda untuk menerima 2 buah pemusnah pada dari setiap pangkalan laut yang dibina, lalu memperkembangkan tentera laut Belanda untuk menjadi kuasa awal permainan laut. Malangnya bagi Belanda, bagaimanapun, kapal perang utama dan pengangkut udara bukan sebahagian daripada armada mereka, jadi pertembungan di laut semasa peringkat menengah permainan mungkin tidak akan lalu dengan baik.

Angkatan tentera Belanda juga dibantu oleh industri dan jaringan perdagangannya yang luas. Ini mebolehkan mereka menjana sumber lagi dengan setiap 100 sumber yang dapat dijimatkan untuk memesatkan lagi pembangungan ekonomi mereka. Kuasa ekonomi dapat mencapai beberapa matlamat yang tidak boleh dicapai dengan semata-matanya mengejar kuasa tentera: sumber yang lebih akan membolehkan anda membina kuasa tentera yang lebih besar dan juga memberi peluang untuk menaiktarafkan lagi kuasa tentera yang sama itu.

Dengan itu, Belanda sesuai untuk dua perkara: strategi menyerang awal dan pembangunan cepat. Cuba melumpuhkan ekonomi lawan anda untuk melemahkan mereka dan keupayaan mereka untuk terus berperang, dan cuba naiktarafkan teknologi anda dengan secepat mungkin sambil menggugat kemajuan teknologi lawan anda. Rusia dan Jerman, sungguhpun mereka amat digerunkan orang lain, masih lemah pada tempoh awal dan dapat ditangkas tentera anda dengan peningkatan kemahiran dan sumber tambahan. Selain itu, anda juga boleh menceburi strategi untuk membina tugu dengan sumber tambahan yang mungkin anda telah sempat jimatkan.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak