Wiki Zaman-perang
Advertisement

Selama hampir setengah alaf, kami telah hidup dalam keaadan pecah-belah, sambil dikhianati orang Barat yang hina. Tidak lagi! sekarang, kaum kufaraa' Eropah kini berlaga antara satu sama lain, dan kali ini peperangan pastinya bakal tercetus. Ini adalah peluang yang kami menunggu hingga kini. Akhirnya, Insyallah, - kita akan berjaya melaksanakan impian Salahuddin yang agung. Kami tidak akan dapat menguasai takdir kita selagi kaum Arab di dunia masih belum bersatu di bawah satu bendera yang tunggal

Nota semasa Permainan[]

Secara umum, Iraq tidak mempunyai apa-apa bonus ekonomi yang ketara, tetapi mereka mempunyai beberapa kebolehan yang menarik: yang pertama adalah bahawa kereta berperisai percuma dihasilkan bila sebuah kilang senjata berjaya didirikan. Yang kedua ialah bahawa orang-orang Arab boleh membina hampir di mana sahaja yang mereka pilih, selagi kawasan itu tidak dituntut oleh negara lain. Akhir sekali, kerana pengeluaran minyak prolifik mereka, orang-orang Arab juga boleh membina Pangkalan Penapisan Minyak dari mulanya tanpa sebarang masalah.

Namun, Iraq sebagai sebuah kuasa ketenteraan agak lemah, dan terpaksa bergantung pada kebolehannya untuk memperluaskan kawalannya dengan cepat melalui bandar-bandarnya yang boleh dibina di luar kawasan sempadannya. Maka, gaya permainan bersama Iraq menegaskan ketangkasan dan kelicikan. Cuba mengehadkan perluasan kuasa lawan anda supaya ekonominya tergugat, dan selepas itu barulah anda boleh menghancurkannya untul meraih kemenangan.

Senarai unit[]

Anggota tentera

  • Arab legion
  • Askar Badawi
  • Mesin gun: Lewis
  • Pasukan khas: Fedayeen


Kenderaan

  • KKR: Carden Loyd tankette # [1]
  • Meriam: Schneider ^
  • Lain: Rolls-Royce # [1]

Pesawat:

  • Pejuang: M.C202 Folgore
  • Pengebom: Dwisayap Heyford
Advertisement