Wiki Zaman-perang
Advertisement

Kenderaan adalah unit yang lebih lasak, pantas, dan bertujuan untuk memperkuatkan kebolehan pertahanan tentera anda semasa di medan. Anda boleh membina empat bangunan di mana kenderaan boleh dihasilkan, iaitu:

  • Gudang tentera
  • Pelebur
  • Kilang senjata
  • Perindustrian berat

Ingatlah bahawa kos dan mutu setiap unit berbeza berbanding dengan unit-unit lain, misalnya kereta berperisai dan trak bekalan cuma perlukan kos minyak yang sedikit sehaja, sementara senjata yang lebih berat seperti kereta kebal dan meriam mempunyai keperluan minyak yang tinggi.

Kilang senjata[]

  • Kereta bekalan: kenderaan ini melindungi unit daripada atrisi dan memastikan meriam akan terus berfungsi. Tidak kos minyak. Unit ini kadang-kala bersenjata dan juga boleh dinaik taraf oleh sesetengah pihak.
  • meriam anti-pesawat: melindungi unit daripada pesawat. Memerlukan minyak.
  • Artileri: unit perlahan dan lemah, tetapi mempunyai tembakan yang hebat, bertujuan untuk mengurangkan bangunan dan membedil infantri. Memerlukan banyak minyak untuk dibina tetapi masih murah berbanding dengan senjata lain.
  • pelancar roket ; unik untuk empat kuasa, unit-unit ini mampu menyebabkan kerosakan yang teruk namun tembakan senjata mereka kekurangan ketepatannya:
    • Pelancar roket Katyusya [4]
    • Nebelwerfer 41 [5]
    • T34 Calliope [6]
    • Pelancar roket "Land Mattress" [6]
    • (?) Matilda Hedgehog - mungkin akan termasuk jika kempen bermisi berjaya dihasilkan untuk Zaman Perang.
  • (bonus) Tanket Jepun yang tunggal, Te- Ke, boleh dibina di sini (tanket biasanya hanya boleh dibina bersamakereta kebal lain di Perindustrian Berat sahaja). 

Perindustrian Berat[]

Ini merupakan kilang senjata yang lebih canggih dan dengan itu lebih sukar untuk digunakan . Ia juga perlu diambil perhatian bahawa kemudahan kejuruteraan boleh dibina hanya di bandar , dan tidak boleh dibina berasingan tidak seperti kilang senjata atau berek .

  • Kereta kebal ringan (KKrin): Murah dan cepat, kereta kebal ringan adalah kelas kenderaan yang berguna untuk melawan kenderaan ringan dan mesingan, tetapi mudah dimusnahkan oleh kereta kebal sederhana dan senjata anti-KK.
  • Tanket: sering digunakan oleh ramai puak untuk mengganti kenderaan yang lebih berat, dan sering dilihat di banyak negara-negara kecil, tetapi beberapa kuasa-kuasa besar pakar dalam pengeluaran tanket. Jepun dan Itali mempunyai bonus khas di mana tanket mereka tidak perlu Perindustrian Berat untuk disediakan, lalu menjadi senjata yang sesuai semasa permainan awal.
  • Kereta kebal sederhana (KKsed) - tulang belakang kor tentera berperisai di seluruh dunia, kereta kebal sederhana boleh digunakan dalam pelbagai senario, tetapi jarang didapati pada mulanya. Hampir semua pihak besar mempunyai tangki sederhana yang sering mempunyai pengkhususan yang berbeza , tetapi doktrin ketenteraan Rusia dan Jerman kerap menekankan peranan mereka di medan.
  • Kereta kebal berat (KKber) - umumnya hanya terdapat di hujung permainan, kereta kebal beratlah kenderaan yang paling kuat dari semua unit-unit perisai , dan pembinaannya terhad kepada segelintir pihak-pihak bersenjata.

Gudang tentera[]

  • Kereta berperisai: pantas tetapi mudah dimusnahkan jika berlawan dengan musuh yang menggunakan senjata berat, misalnya peluru anti-KK atau kereta kebal.
  • Lori berperisai: Lebih murah daripada kereta berperisai, tetapi kurang cekap dan lebih perlahan.
  • Bekalan tentera. Bermula dengan trak bekalan dan trak bekalan tentera, jenis kenderaan ini terdiri daripada unit bekalan yang menghalang kerosakan atrisi. Sesetengah puak seperti Jerman , Amerika Syarikat dan Komanwel British  mampu membina pelbagai kenderaan yang unik untuk menggantikan kenderaan sokongan dan juga berupaya menyerang balas.

Pelebur[]

Dengan peralatannya yang khas, Pelebur bukan sahaja berfungsi sebagai bantuan dalam pengolahan bijih logam, tetapi juga mampu "mengitar semula" kereta kebal untuk menghasilkan jentera senjata yang khas untuk memainkan pelbagain peranan di medan. Misalnya, jenis khas kereta kebal T-26 pihak Soviet iaitu KhT130 boleh dibina di sini.

  • penyembur api - kereta kebal ini lebih berkesan dalam peranannya sebagai unit anti-infantri dan peroboh bangunan, dan juga mampu membakar kenderaan ringan.
  • MGS: sebuah meriam yang menggunakan rangka kereta kebal, biasanya kalis peluru dan beraneka jenis, sama ada sebagain ganti untuk meriam biasa, ataupun pemusnah kereta kebal ataupun kubu pertahanan.
  • Kereta kebal anti-pesawat
  • (Britain boleh membina lori jenis M3 di sini)
  • (Tanket: kenderaan jenis L untuk Itali mampu dibina di sini dan bukan di Perindustrian Berat)
Advertisement