FANDOM


Berbanding dengan negara-negara yang terpegun dengan kapitalisme, Kesatuan Soviet pula sebuah dunia di mana kesaksamaan dan kebebasan dapat wujud tanpa dibelenggu kekurangan ekonomik. Sedangkan warganegara Eropah dan Amerika Syarikat kini dicukai hingga berhutang keliling pinggang akibat anasir borjuis yang rakus dan cuma tahu bermain dengan racun dan kegelapan, Kesatuan Soviet pula memerintis sebuah dunia di mana umat insan boleh hidup bebas tanpa kekurangan dan kebuluran ekoran daripada penindasan kapitalisme. Sebuah dunia di mana semarak semangat manusia, sunguhpun ianya masih kecil lagi, boleh diperkembangkan oleh penjaga-penjaganya sehingga ianya cukup panas untuk membakar habis belenggu kepercayaan tahyul dan kezaliman yang hingga kini telah menyebabkan seluruh dunia terjebak dalam kejahilan dan kemunduran untuk sekian lama. Namun, ibu pertiwi Rusia akan sentiasa dikelilingi musuh dan pembelot yang tidak sabar lagi untuk memadamkan cahaya itu yang kini akan terserlah untuk membasmi kegelapan rasa tamak dan iri hati mereka sendiri. Pendek kata, Rusia perlu berdikari dan cekal demi kemerdekaan warga Kesatuan Soviet serta manusia sejagat daripada kongkongan pihak kapitalis!

Kekuatan Kelemahan
  • Pilihan unit angkatan darat yang memuaskan
  • Penyelidikan pantas untuk kereta kebal
  • Pengeluaran minyak tambahan
  • Sesuai untuk strategi berdasarkan pertahan (defensif)
  • Pilihan kereta kebal ringan yang terhad
  • Had politik
  • Infantri mempunyai tahap kuasa ofensif yang lebih tinggi, tetapi rapuh dan mudah terkorban
  • Tentera laut hanya baik untuk digunakan untuk pertahanan sahaja, angkatan udara tiada kelebihan yang ketara

Senarai unitSunting

Infantri

  • Pasukan berkuda: Kosak Krasnaya Armiya
  • Senapang biasa: Askar RKKA [1]
  • Mesingan: Maksim [3-6]
  • Penggempur: AVS-36 Automatchik [3-6]
  • Pasukan khas: Khas: Morskaya Pekhota
  • Narkom (mengganti pegawai biasa)
  • Pengintip GRU (berfungsi sebagai pengintip yang boleh menyerang infantri)

Kereta kebal:

  • Tanket:T-27 [2-3] => T-60 [4] => T-70 [5]
  • KKrin: FT-17 [1-2] => T-26 [3] => T-60 [4] => T-70 [5]
  • KKsed: BT-7 # [2-3] => T-34 # [4-5]
  • KKber: Liberty VIII Mk ^ [1-2] => T-35 [3-4] => KV-1 [5] => IS-2 [6]

Artileri:

  • SU-100 [4; memerlukan rangka T-34 untuk diselidiki] => ISU-152
  • Schneider [1-2] => M1930 [3-4] => ZiS-3
  • BA-27 # [2-3] => BA-10 [4-5] => BA-46 [5-6]
  • Kereta kebal penyembur: KhT130
  • Pelancar roket Katyusha [5]
  • Kereta kebal mortar KV-2 [6, rangka KV1 diperlukan]

Pesawat:

  • I16 [3] (Rusia tidak membina pesawat dwisayap biasa) => YaK1 [4] => YaK9 [5-6]
  • Tupolev SB [3] => IL-4 [4-6]
  • Po2 [2-3] => IL-2 [4-6]

Kapal perang:

  • utama: kelas Soyuz
  • penjajap moden: Kirov
  • pembinasa/penjajap: Kapal pengawal

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak