FANDOM



Walaupun Britain, iaitu pusat Komanwel British, cuma meliputi sebahagian kecil daripada benua Eropah, namun pengaruh ekonomi dan politik yang dinikmati pihak British di tahap antarabangsa kini hampir tiada bandingnya, sungguhpun Britain mengalami kerugian dahsyat di tangan Kuasa Tengah semasa Perang 1914-1918, dan terpaksa menangani masalah ekoran daripada kerosakan daripada bertempur dengan negara Jerman. Dari pangkalannya di gugusan Kepulauan British, negara yang kecil tetapi tidak semestinya dipandang ringan mengawal rangkaian koloni yang luas di seluruh dunia yang bersaiz lebih besar daripada ibu pertiwi England, tetapi dalam empayar British terdapatnya satu kelemahan - hanya Kanada ada pertalian langsung dengan Britain melalui lautan Atlantik. Kini, Jerman telah bangkit sekali lagi dan mengingkari syarat-syarat Perjanjian Versailles, dan pertalian Britain dengan koloni-koloninya akan terputus sekiranya tercetusnya konflik di benua Eropah lagi. Britain telah bertungkus-lumus memperluaskan kuasanya untuk lebih daripada tiga abad, sedangkan cuma suatu kekalahan yang besar diperlukan untuk menghancurkan segalanya dalam satu minggu. Dapatkah Empayar British bertahan untuk seribu tahun lagi, atau sudahkah nasi jadi bubur untuk Britain dan cita-citanya?

Nota semasa permainanSunting

Dari segi sejarah, keteguhan kenderaan berperisai British sering menjadi bahagian yang paling lemah dalam operasi-operasi Kuasa Berikat di Eropah semasa Perang Dunia Kedua, namun kereta kebal British seringkali membuat sumbangan yang tidak boleh dipandang rendah bila bertempur terhadap musuh Nazi yang dapat mengerahkan kenderaan yang lebih teguh dan bermutu.

Oleh itu, sedangkan kenderaan British tiada kelebihan berbanding dengan kenderaan buatan Perancis, Britain bagaimanapun boleh bergantung kepada kebolehan unggul unit-unitnya untuk memperolehi kemenangan dalam sebarang konflik. Kereta kebal dan infantrinya dari segi menembak menembak. Pendek kata, mereka akan kalah dengan dahsyatnya jika didampingi oleh tentera Jerman secera terus, tetapi mereka mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri jika rosak atau cedera, dan unit-unit juga mempunyai medan penglihatan yang luas, dan keupayaan pasukan khas Britain serta rangkaian perisiknya memberikan sedikit manfaat kepada pihak British.

Kesimpulannya, angkatan tentera British akan terpaksa bergantung berkali-kali pada kebolehan unit-unitnya untuk mengesan kehadiran musuh sebelum dikesaninya - semua unit British mempunyai lebih baik LOS, dan kenderaan berperisai juga akan tumbuh semula HP mereka dari masa ke masa sebelum menumpaskan kuasa Soviet ataupun pihak Jerman. Strategi operasi bergabumg adalah penting untuk menjaga Empayar British agar ianya dapat bertahan untuk seribu tahun lagi apabila berhadapan dengan kegemaran untuk kualiti dipertingkatkan Soviet, kecenderungan Amerika untuk membanjiri teater dengan kereta kebalnya yang pendek kadar penyiapannya, dan kecenderungan Jerman yang lebih berkuasa dari segi perisai, enjin mahupun meriam!

Selain itu, Britain juga perlu diambil perhatian untuk mempunyai unit tentera laut yang unggul serta pesawat yang lebih berkuasa sehingga Era Atom. Oleh itu, semasa kempen CtW kepualaun rumah British mungkin perlu bergantung kepada kuasa dan keunggulan unit tentera laut mereka untuk menghindari musuhnya daripada mendarat di rantau ibu pertiwi.

Senarai unitSunting

Anggota tentera:Sunting

  • Pasukan Berkuda: Pasukan Berkuda Ringan Australia
  • Anti-kereta kebal: PIAT [4-6]
  • Komando: Rejimen Marin Diraja
  • SMG: Lanchester [2] => Sten [3-5] => Sterling
  • Mesingan: Lewis [1] => Bren [2-6]

Kereta kebalSunting

  • Ringan: Whippet [1] => Carden-Loyd # [2] => KKR VA [3] => Tetrarch [4] => Komet [5-6]
  • Sederhana: Valentine [3] => Crusader => Churchill => Centurion [6]
  • Berat: Mk VIII Liberty ^ [1-6]

Meriam, artileri dan logistikSunting

  • MGS: Valentine Mk I Archer (memerlukan casis Valentine untuk digunakan) => Cromwell Challenger (slps Cromwell sedia) [6]
  • Meriam: Meriam jenis QF 18 PDR => QF 25 PDR [4-6]
  • SPAD: (Lori anti-pesawat biasa) [1] # => VA Mk IV SPAD (berasaskan KKR VA) [3] => Salib SPAD [5] => Centurion Marksman

LainSunting

  • Rolls-Royce # => Daimler AC Mk.I [3] => Marmon-Herrington Mk III [4] => Humber Mk IV [5]

KhasSunting

  • Britain selaku kuasa besar layak mempunyai pedagang bersenjata
  • Selain itu, ianya dapat membina kenderaan Universal Carrier yang berfungsi sebagai sokongan
  • Kereta kebal penyembur api: Churchill Crocodile
  • Bison (berfungsi sebagai "benteng pertahanan" yang boleh digerak)

PesawatSunting

  • Pejuang & pesawat jet: Sopwith Camel [1] => Gloster # [3] => Hurricane H [4] => S Spitfire [5-6]
  • Pesawat pengebom: Dwisayap Heyford [2] => Wellington [3] => Avro Lancaster [4-6]
  • Pesawat penyerang: Dwisayap Airco DH.10 => Bristol Blenheim [2] # => Beaufighter [3; kemudian digabungkan dengan Spitfire]

Kapal perangSunting

  • Pengangkut pesawat: Kelas Ark Royal - di samping mempunyai LOS baik dan pelbagai pengebom torpedo yang berkesan, Ark Royal mempunyai kelajuan yang agak lebih pantas, dan tahu memperbaiki sendiri.
  • Cruiser: Kelas Town - kuasa dan kelasakan sederhana jika dibandingkan dengan kapal jenis Aviso Perancis dan Portugal, tetapi boleh menembak mereka dari jauh lagi.
  • Kapal perang utama: Kelas Nelson - kuasa dan kelasakan sederhana, tetapi seperti Kelas Town ianya boleh membedil dari lebih jauh, dan tahu memperbaiki diri sendiri. Harganya yang lebih murah membenarkan anda menggunakan beberapa buah Nelson untuk melawan sebuah Bismarck, tetapi sebuah kapal perang kelas Yamato boleh memusnahkan semuanya. Anda mesti mempunyai beberapa kajian sampingan yang siap untuk membuka kapal ini.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak