Wikia

Wiki Zaman-perang

Laman Utama

33laman di
wiki ini
Bincang0
SELAMAT DATANG
kepada Wiki Bahasa Malaysia untuk:

Axp.png

Peperangan adalah kedamaian, kebebasan adalah penghambaan dan kejahilan adalah kekuatan.

— George Orwell, pengarang British kurun ke-20

"Sejak mulanya abad ke-20 Masihi, ketekunan dan kecekalan umat insan terus melahirkan keajaiban demi keajaiban dalam perkembangan teknologi yang terkini — kini, wujudnya kenderaan yang bergerak tanpa bantuan tenaga manusia mahupun kuda, peralatan perhubungan jauh yang canggih seperti telefon, radio dan lampu elektrik semakin berleluasa di bandar-bandar terbesar di dunia dan kemajuan dalam sains perubatan telah membawa faedah kepada manusia sejagat.

Namun, di sebalik ketamadunan dan pembangunan yang tampaknya kian berlaku di merata dunia, keganasan tetap menghantui bumi walaupun disedari kebanyakan masyarakat sejagat. Ekoran daripada kegawatan ekonomi, masyarakat Barat keraguan dan berbahana dengan kehuru-haraan ekstremisme, bahkan Lautan Pasifik pula menjadi medan persaingan hebat antara Kuasa-Kuasa Besar yang kian curiga terhadap satu sama lain. Golongan yang peka terhadap kejadian-kejadian ini tidak terdaya mengelakkan bahaya yang bakal menimpa, sedangkan dunia ini secara perlahan-lahan sudah terbahagi menjadi dua pihak yang bertentangan: satu pihak yang berazam untuk berjuang sehingga fahaman Komunis tiada lawannya di dunia ini, sedangkan segolongan lagi kini nekad untuk menyekat pengaruh anasir-anasir pihak Komunis dengan apa jua cara.

Tampaknya, perang akan merebak lagi dan kali ini tiada negara mahupun orang di dunia yang akan terlepas daripada keganasan dan kehuru-haraan yang kini tercetus di Eropah dan Asia. Dapatkah anda melindungi rakyat anda untuk menyelamatkan dunia anda, atau adakah manusia ditakdirkan untuk hidup sebagai hamba abdi ditindas kuasa mutlak dalam suatu zaman kegelapan dan kesengsaraan yang tiada tamatnya? "

Apakah itunya Age of Darkness?Sunting

Age of Darkness ("Zaman Perang") adalah satu modifikasi untuk permainan komputer lama Rise of Nations, dan merangkumi sejarah zaman Perang Dunia abad ke-20. Berbanding dengan kebanyakan permainan yang bertemakan sejarah abad ke-20, ianya bertujuan untuk menerokai isu-isu sosiopolitik zaman itu:

  • Peranan minyak petrol pada separuh pertama abad ke-20 (senjata moden seperti kereta kebal dan kapal perang perlu banyak minyak untuk dibina. Rantau pengeluar minyak membenarkan penggunaan tentera tambahan pada CtW)
  • perjuangan untuk ketuanan sejagat antara kapitalisme, fasisme dan komunisme
  • peperangan psikologi dan propaganda (jumlah markah anda semasa bermain boleh menentukan prestasi anda - markah yang rendah boleh menyebabkan rusuhan di bandar-bandar anda jika musuh berjaya menyusupi sebahagian daripada bangunan-bangunan anda)
  • Interaksi antara mekanisasi ketenteraan dan gaya peperangan abad ke-19 — misalnya, infantri bersenapang dan pasukan berkuda masih akan wujud tetapi kedudukan mereka, selamat pada mulanya, akan semakin dicabar sebagai permainan berlalu.
  • suasana yang lebih baik - bangunan dan unit yang direka adalah untuk menumbulkan suasana yang lebih sesuai dan nyata bagi tempoh yang getir ini, merangkumi lebih dua puluh puak berpangkalan di setiap benua dunia moden.

Namun, kami menegaskan bahawa Age of Darkness bukanlah yang berikut:Sunting

  • Satu lagi modifikasi untuk Rise of Nations yang bersifat generik - Age of Darkness tidak akan menekankan kempen Eropah Barat Perang Dunia Kedua mahupun senjata yang digunakan (kerja kami bukanlah meniru semula Age of Tanks), dan akan menerokai dengan lebih terperinci bagaimana semuanya tercetus - penghinaan pihak Jerman, hingga persaingan hebat antara negara-negara Eropah dan Asia selepas Perang Dunia Pertama, yang nencetuskan pula Perang China-Jepun Kedua, Perang Musim Sejuk antara Finland dan Kesatuan Soviet, dan akhirnya Perang Saudara Sepanyol, yang meyakinkan pihak Fasis untuk mencetuskan konflik sekali lagi. CtW kami juga akan menceritakan penindasan Amerika Syarikat terhadap negara-negara Amerika Selatan yang lebih kecil sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.
  • Peragungan kuasa tentera atau peperangan — Semua peperangan, tidak kira siapa yang menang, menyebabkan kerosakan dan harus dielak sebaik mungkin. Satu-satunya perkara yang boleh didapati baik dalam peperangan adalah semangat individu untuk cekal, berdikari dalam meraihi kejayaan — tetapi Age of Darkness akan melibatkan pengalaman yang lebih getir lagi: kereta kebal yang muncul semasa pertempuran akan berparutan atau mempunyai tanda karat, anggota tentera akan kelihatan letih, berpeluh dan kotor, sementara teknologi-teknologi yang boleh diselidik semuanya memusatkan penindasan dan pengkhianatan.
  • Peragungan tanggapan terhadap Perang Dunia dari sudut pandangan Amerika - hakikatnya, Perang Dunia Kedua itunya bukanlah sebuah "perjuangan melawan kejahatan", tetapi akibat kesilapan dan cita-cita politik ekoran daripada angan-angan kuasa-kuasa Barat yang bertempur. Dalam perjuangan untuk mengalahkan rejim Nazi, kelakuan Pihak-Pihak Berikat telah menimbulkan kesan sampingan yang hingga kini masih dirasai seperti pengilhakan Iraq dan Iran semasa perang, atau pemenjaraan masyarakat dan kaum yang dianggap sebagai bakal pembelot.

Senarai singakatan kata untuk Age of DarknessSunting

Semasa permainan, peranan sesuatu unit akan ditunjukkan oleh huruf singkatan, contohnya kereta kebal Churchill akan tercetak sebagain "KKber Churchill", manakala Chi-Ha Jepun diklasifikasikan sebagai "KKsed Jenis 97 Chi-Ha"

Huruf singakatan Istilah asal

KK

  • KKrin
  • KKsed
  • KKber

Kereta kebal

  • Kereta kebal ringan
  • Kereta kebal sederhana
  • Kereta kebal berat
KBp Kereta berperisai (BUKAN kereta kebal)
SBr "Separuh berantai" (sebuah kenderaan khas yang beroda biasa namun juga mempunyai roda berantai pada masa sama)
MGS Meriam gerak sendiri - sebuah meriam yang mempunyai motor supaya ianya boleh dipandu.
Anti-KK Anti-kereta kebal
KSK Kapal selam katek (Ing "midget submarine")

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak