FANDOM


Di antara semua negara bertaraf rendah, republik Cina adalah yang termiskin, tetapi ia tidak bermakna bahawa ianya lumpuh dengan sepenuhnya. Anggota tentera Cina yang murah namun lemah, jika ditambah pula dengan pelbagai teknologi Eropah, seperti Itali, Kesatuan Soviet dan Amerika, bukanlah kuasa yang patut dipandang ringan.

Keupayaan China untuk bermula dengan bandar dan bukan kampung sahaja, dan menjalankan penyelidikan sains yang murah juga tidak boleh diabaikan - ini bermakna bahawa China mempunyai peluang yang baik untuk melaksanakan strategi nuklear (puak lain dengan keupayaan langsung untuk melakukan ini juga termasuk Amerika dan dengan hairannya, Poland, kerana kawalan mereka penyelidikan dan bonus berasaskan pengetahuan).

Pakatan antarabangsaSunting

China menerima pelbagai jenis senjata daripada kerajaan Fasis, Komunis atau Kapitalis, mengikut dasar kerajaan yang diselidiki di Istana Raya.

  • Fasis: bersepakat dengan Itali dan Jerman, pilihan ini sesuai jika Cina perlukan kereta kebal yang bermutu
  • Komunis: bersepakat dengan Kesatuan Soviet, pilihan ini sesuai jika China perlukan kereta kebal yang murah, ataupun tidak mampu membiayai kos naiktaraf untuk unit lain.
  • Kapitalis: bersepakat dengan Pihak-Pihak Berikat: pilihan ini pula sesuai sekiranya China bermain semasa zaman-zaman terakhir dan kaya-raya, kerana bantuan Pihak Berikat lebih ketara dan menyeluruh berbanding dengan pakatan lain.

Jika pakatan bersama Kuasa Paksi dilaksanakan, Cina boleh memiliki unit-unit di bawah:

  • AntiKK: Tankgewehr [1-2]
  • KKR: L3/35 [1-2] => Panzer 35(t) [3]
  • Pesawat penyerang: Caproni AP1 [2]

Dengan pakatan ini, China boleh membina KKR L3/35 yang lebih murah, kemudian naiktarafkan semuanya untuk mendapatkan Panzer 35(t) yang lebih bermutu. Pilihan ini adalah sesuai jika Cina bertempur berdasarkan gaya "Blitzkrieg" untuk pertempuran zaman awal.

Jika pakatan bersama Kesatuan Soviet dilaksanakan, Cina boleh memiliki unit-unit di bawah:

  • KKR: T-26 [3]
  • Pesawat pejuang: YaK-1 [3]
  • Pesawat pengebom: DB-3# => IL-4 [2-3]

Pakatan ini lebih sesuai digunakan untuk melawan seorang musuh yang mempunyai kereta kebal yang sangat mahal, ataupun bila peta medan mengandungi lautan dan tasik, kerana kereta kebal kurang berguna dalam kawasan berair.

Pakatan bersama Kuasa Berikat adalah paling bagus, tetapi hanya boleh digunakan jika Cina cukup kaya-raya.

  • KKS: M3 Lee# [3] => M4 Sherman# [4]
  • KBp: Rolls-Royce [1-3] => Marmon-Herrington Mk III [4-6]
  • Pesawat Pejuang: Gloster# [1-2; China tiada pejuang Hurricane] => P-51 Mustang [4-5]
  • Mesingan: M2 Browning [3-6]
  • Meriam: M114 155 mm howitzer [dari 4]

Pilihan ini mementingkan strategi kenderaan berperisai diiringi oleh pesawat pejuang. Dalam keaadan ini, Cina boleh gunakan kereta kebal pihak Kuasa Berikat, bersama dengan pesawat pejuang dan mesingan M2 untuk melindungi bala tenteranya. Kelemahannya yang paling ketara adalah bahawa Cina terpaksa bertahan hinga tahap [3] sebelum ianya boleh menikmati kuasa senjatanya.

MisiSunting

Orang Cina adalah yang paling pragmatik apabila ia datang kepada politik. Iaitu, mereka akan bersekutu dengan sesiapa sahaja mudah jika orang itu menentang musuh-musuh mereka.

Pemimpin

  • Awal: Qiang Jieshi (Bersekutu)
  • Soviet: Sheng Shicai
  • Paksi: Wang Jingwei

Senarai unitSunting

Infantri

  • Pasukan Berkuda: Pasukan Dadao
  • Rifle infantri: NRA infantri [1-3] => Rejimen Pengawal Kehormatan Repubik [4-6]
  • Pasukan Khas: Petani bersenjata [1-2] => Pasukan Gerila

Lihat jugaSunting

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak