FANDOM


PendahuluanSunting

Unit infantri merangkumi tulang belakang angkatan tentera bagi setiap pihak dalam Zaman Perang. Walaupun lemah, berbanding dengan unit bermotor mahupun kapal perang, mereka masih penting dan mampu bermain pelbagai peranan di medan. Secara umumnya, infantri boleh diambil dari dua bangunan:

  • Berek: mempunyai infantri asas murah yang tidak menaik taraf.
  • Gudang tentera: selain daripada kenderaan khas, bangunan ini juga mewujudkan jenis unit infantri yang khusus. Unit-unit ini mahal, tetapi cukup kuat untuk mewajarkan kos mereka. Setiap unit menaik taraf sekali.

Senarai unitSunting

  • Militia Fail:Bullents2.png unit infantri paling lemah, yang terdiri daripada orang awam dengan senapang lantak.

Rumah ibadatSunting

Selaku pusat kerohanian di bandar-bandar anda, tidaklah ganjil jika bangunan ini adalah salah satu kawasan di mana berkumpulnya kumpulan-kumpulan guerila.

  • Petani bersenjata Fail:Bullents2.png pada mulanya, ini adalah unit infantri yang paling lemah yang berupaya bertugas sebagai "komando", tetapi dengan keupayaan untuk bersembunyi dan memasang bom untuk merosakkan bangunan musuh. Kebanyakan pihak pula boleh menaiktarafkannya menjadi:
    • Samseng Nasionalis Gagal:Bullents2.png berdasarkan Pertubuhan Blueshirts Ireland, pada dasarnya mencecah tahap lasak dan kekuatan perisai yang lebih tinggi, lalu menjadi penggempur yang berkesan walaupun rapuh.
    • Gerila petani Fail:Bullents2.png Mempunyai tenaga (craft) tambahan, jadi ianya lebih berkesan sebagai unit "gerak khas" tetapi masih lemah jika dihadapi askar biasa.
    • Pasukan partisan Fail:Bullents2.png unit militia dengan lebih baik LOS dan rintangan kepada atrisi. Unit ini lebih sesua intuk serangan hendap dan susupan ke dalam kawasan yang dikuasai oleh pihak musuh.

Unit-unit rumah ibadat yang dilatih oleh Sepanyol akan sentiasa lebih lasak dan mempunyai tenaga berlebihan berbanding dengan unit-unit guerila yang dilatih oleh pihak lain.

BerekSunting

  • Pasukan senapang Fail:Bullents2.png unit infantri yang baik, tetapi tidak berbaloi untuk pertarungan menentang unit berperisai ataupun bangunan. Walau bagaimanapun, mereka boleh dilatih agak cepat dan mempunyai jarak senjata yang terbaik, melainkan rifel anti-KK, mesingan dan tentera roket.
  • Pasukan berkudaFail:Kavallerie.png askar berkuda yang memerlukan perbelanjaan dalam bekalan makanan yang tinggi, rapuh jika terkena tembakan tetapi sangat berkuasa jika digunakan untuk menentang pasukan infantri biasa. Sungguhpun kebanyakan unit-unit berkuda akan menggunakan senapang yang khas, unit-unit daripada pihak yang miskin masih mengguna tombak atau pedang.
  • Rifel anti-KK Fail:Bullents.png Unit infantri bersenjata berat, sangat berkesan jika digunakan untuk menembak kenderaain berperisai dan bangunan, tetapi kadar tembakan mereka yang lebih lembab melumpuhkan mereka jika diserang oleh infantri ataupun pasukan berkuda. Rifel anti-KK tidak boleh tembak musuh yang terlalu dekat dengannya.
  • Pasukan penggempur/rifel penyerang Fail:Blitz.png Kuasa penembusan dan kadar tembakan mereka amat digeruni oleh kebanyakan unit infantri, tetapi tidak begitu tepat tembakannya seperti pasukan senapang biasa. Dalam kelompok yang besar, mereka mampu membolosi dinding dan kepingan keluli yang nipis, tetapi tidak sama sekali boleh diharapkan untuk menumpas kereta kebal yang besar mahupun kapal perang.
  • Pasukan gerak khas Fail:Blitz.png

Unit dari Gudang TenteraSunting

Unit-unit ini lebih mahal daripada unit-unit yang dilatih di berek, tetapi akan berprestasi tinggi di medan. Sebuah Gudang Tentera hanya boleh dibina di kawasan bandar.

  • Mesingan Fail:Bullents2.png perlahan bila bergerak, tetap sangat berkesan jika diarahkan memusnahkan unit-unit infantri, tetapi lemah jika berhadapan dengan pasukan berkuda jika belum sedia, dan mudah ditangkas oleh kenderaan.
  • Penyembur Fail:Flamm.png digunakan untuk membakar infantri dan menyingkir unit-unit yang bersembunyi dalam bangunan. Hanya boleh dilatih oleh pihak-pihak yang tidak boleh membina kenderaan penyembur, seperti L3/lf buatan Itali.
  • Pasukan peluru anti-KK Fail:Rakete.png Menggunakan pelancar peluru anti-KK untuk menewaskan kereta kebal dan bangunan yang lebih tinggi tarafnya. Pasukan peluru anti-KK tidak boleh menembak unit-unit yang terlalu dekat.
  • Infantri berkenderaan Fail:Kavallerie.png berfungsi seperti pasukan berkuda, tetapi lebih tangkas dan kuat lagi tembakannya. Masih lemah jika menghadapi musuh yang menggunakan senjata berat, seperti kereta berperisai.

Kubu kecilSunting

  • Askar kerahan Fail:Bullents2.png Lebih mudah dilatih berbanding dengan pasukan senapang biasa, tetapi kurang berkesan dan lebih lemah. Dalam Zaman Perang mereka biasa digambarkan sebagai askar yang kekurangan bekalan atau tidak berpakaian seragam.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak